Followers

Friday, October 30, 2009

ISO & Aperture

Kat Sini Nak Kongsi Sikit Pada Kawan², Antara Banyak Benda Yang Selalu Kekawan Tanya Bila Jumpa. Mungkin Info Nie Boleh Membantu Sikit. Kalau Nak Lebih Jelas Nanti Kita Jumpa Bila Outing.

Penggunaan ISO / ASA
Dalam keadaan gelap apa foto yang mahu anda rakamkan? Suasana waktu malam yang hanya diterangi dengan cahaya kota, cahaya lampu kampung, atau bangunan sahaja yang hendak dirakamkan.
Atau anda mahu merakam objek yang hanya menggunakan cahaya lampu, lilin atau sebagainya. Adakah anda mahu merakamkan foto tanpa flash, menggunakan flash dalam keadaan gelap. Secara umum saya mahu menerangkan cara merakamkan foto dalam keadaan gelap tapi masih ada cahaya seperti di kawasan bandar. Semua jenis ASA boleh digunakan, cuma ASA tinggi (400) akan memberikan keupayaan f/stop yang kecil (f11) dengan penggunaan shutter speed yang agak tinggi (1/125). Tapi kesan warna akan memberi mutu yang tidak baik, seperti kontras yang agak tinggi, warna kadang kala akan berubah dari apa yang boleh diberikan oleh ASA rendah.
Namun anda boleh mencuba menggunakan ASA rendah (100) dengan membiarkan penggunaan f/stop kecil (sehingga 32) tapi anda berisiko menggunakan shutter speed rendah (mungkin hingga 1 minit!), dan anda akan memperolehi hasil foto yang begitu menarik. Pastikan anda menggunakan tripod untuk membantu agar kamera anda tidak bergoyang.

PEMILIHAN APERTURE
Meletakkan apaerture (fstop) adalah kreativiti sesorang. Untuk memberikan kesan kabur pada background letakkan fstop sederhana (f5.6) atau besar (f4). Untuk memberikan kesan tajam letakkan pada fstop kecil (f8,f11,f22). Gambar landskap adalah lebih baik menggunakan fstop kecil agar kesan Depth Of Fieldnya tajam.
Dengan memiliki f/2.8 membolehkan kerja pengambaran merakam gambar dengan menggunakan flash pada jarak yang jauh. Namun dalam merakamkan gambar landskap, f2.8 agak kurang memuaskan kerana kesannya akan memberikan tone gambar yang kurang menarik. Namun untuk kerja-kerja senifoto potrek agak baik menggunakan f/2.8.Pada teorinya f/2.8 tidak sesuai kerana akan memberikan kesan kabur pada bahagian yang tidak difokus. Namun ada jurufoto yang gemar menggunakan aperture besar agak kesan kabur ada daya seninya.Ini kerana kerja senifoto adalah kerja kreatif, oleh itu kreativiti seseorang itu kita tidak boleh menilai bahawa dia tidak mengikut teori. Oleh itu aperture kecil dan aperture besar amat bergantung pada keadaan objek. Ada objek yang memerlukan aperture besar umpamanya merakamkan potret model yang memilki kesan pada mukanya. Dengan menggunakan aperture besar akan memberikan imej kabur/soft.

My 1st DSLR & Now

* Pada Mula Nak Beli DSLR Rasa Macam Teragak² Sebab Mahal, Tapi Alhamdulillah Tak Diduga Dapat Juga Beli Camera Idaman. NIKON Brand - D70 Sekali Dengan Lens 18-70mm + SB800.
Dari Segi Performance Pada Waktu Tue Antara Yang Terbaik. Rasa Best Sangat...
Alhamdulillah Kini Saya Dah Upgrade My DSLR Sikit Kepada ??? Alhamdulillah.

Dengan Harapan Dapat Memberikan Service & Kualiti Terbaik Kepada Semua Pelanggan Kami.

Thursday, October 29, 2009

My Simple Profile

Assalamualaikum...!!!
Salam Sejahtera...

Hari Ini Saya Akan Ceritakan Serba Sedikit Tentang Diri Ini & Bagaimana Saya Terlibat Dengan Dunia Fotografi.

Syukur Pada Ilahi Kerana Sehingga Hari Ini Saya Masih Berada Dibumi Sementara.
Alhamdulillah. Selawat & Salam Keatas Baginda Nabi Junjungan. AMIN.

Saya Dilahirkan Dari Keluarga Yang Sederhana.
Saya Anak Ke-2 Dari 7 Orang Adik Beradik. 5 Orang Lelaki & 2 Perempuan.

Saya Belajar Dalam Bidang Computer Sains & Information Technology Di Salah Sebuah Kolej Di Ibu Kota.

Saya Minat IT Sebab Abang Saya Amin Seorang Graphic Designer. Banyak Tunjuk Ajar Beliau Yang Telah Saya Pelajari. Secara Tak Langsung Minat Tue Datang.

ORDER/BOOKING FORM

Nama:
Nama Pasangan:
E-mel:
H/P No:
Memerlukan Perkhidmatan: Fotografi
Videografi
Kad Kahwin
Bisnes Kad
Bunting
Catering
Andaman
PA System
Wedding Planner
Alamat/Lokasi Majlis:
Tarikh Majlis:
Jenis Majlis: Pertunangan
Akad Nikah
Malam Berinai
Persandingan
Outdoor
Event
Lain-lain
Pakej Pilihan: Sticky Album
Story Album
Sticky & Story Album
Anggaran Bajet:
Catatan Tambahan:

This form powered by Freedback